Wednesday, August 3, 2011

Setelah lama menyepi...

Waduh2, lamanya menyepi, senyap sunyi rumahku ini. Maaf ye buat kawan2 dan viewers yang sudi bertandang, tapi malangnya blog ni tak ber-update, terima kasih buat yang sudi bertanya khabar, alhamdulillah sihat sebenarnya cuma mood kemalasan dan beberapa faktor lainnya yang mengekang masa untuk bercanda di alam maya ini, ewwah...

Sedar tak sedar, kita dah pun berada di penghujung ramadhan. Seminggu je lagi dah nak menjejak syawal, mesti ramai yang dok kalut buat persiapan akhir untuk raya kan?! Persiapan kami ni simple2 je, alhamdulillah tahun ni kami beraya kat rumah parents so hal ehwal rumah sendiri memang tak ambil pusing langsung, hehe. So tahun ni I memang releks sungguh, baju2 raya semuanya dah ready sebelum ramadhan menjelang lagi, senang! Tak payah nak berpusu2 dalam lautan manusia nak pi cari baju raya, kalau pi supermarket atau pusat2 shopping pun, just untuk cuci mata je laa. Tu pun dah cukup serabut tengok ramainya umat manusia, rimas! Tahun ni untuk raya pertama, I sorang je dapat baju raya baru, yer la kan, perut tengah memboyot macam ni takdak aih baju lama yang muat. No choice, kena la tempah sehelai maternity maxi baru, siap tempah tudung lagi. MyLove dan 2R akan pakai baju raya lama saja. Untuk raya ke-2 dan seterusnya tu I memang tak beli baju baru pun, pakai je laa apa yang ada. Maternity maxi/jubah yang dijual kat pasaran ni kadang2 kurang praktikal untuk dipakai lepas bersalin, most probably sebab tak ada bukaan pada bahagian depan baju(zip/butang) so kalau orang yang direct breastfeed baby macam I ni, susah laa nak menyusu bila pakai baju2 gitu. Tu yang malas nak beli baru, haa baguih jugak, jimat duit, hahaha. Baju2 baru cuma belikan untuk anak2 saja, raya sakan depa tahun ni, berpasang2 baju raya...

Kuih raya pun dah siap semuanya, tahun ni memang kuih tunjuk2 je laa, awal2 hari tu beli 4bekas, then tambah lagi berbekas2 untuk bawa balik rumah mertua dan untuk makan2 kat rumah mak. I dan 2R memang hantu biskut raya, so nak taknak memang kena sediakan berbalang2, hehe. Hari tu plan dengan my sis-ateh kononnya nak buat 4jenis biskut raya lagi. Tapi dari awal ramadhan hari tu sampai laa sekarang ni badan I bukannya fully energetic sangat, on off sehatnya so cancel buat biskut raya. Cuma berjaya buat cornflakes madu je, sejenis tu buat 3adunan, dapat laa berbalang2, ok laa tu, nanti boleh laa nak bagi kat kaklong, alang dan achik bawa balik...

Nak update banyak lagi cerita tapi tunggu kejap lagi laa kot. Nak pi buat kerja sikit, sat lagi kalau larat boleh sambung hadap blog ni yer...

1 comment:

Anonymous said...

You actually make it appear really easy together with your
presentation however I to find this topic to be actually something that I believe
I might never understand. It seems too complex and extremely extensive
for me. I am having a look forward in your subsequent publish, I will attempt to
get the hold of it!

Also visit my website: windows os logon