Tuesday, August 2, 2011

Marhaban ya Ramadhan!

Alhamdulillah, dah selesai pun hari pertama berpuasa, hari ni dah pun melangkah ke hari ke-2, nanti sedar2 eh tinggal beberapa hari saja lagi nak raya, sekejap je kan masa berlalu...

Tahun ni merupakan tahun ke-2 insyaAllah I akan berpuasa penuh di Malaysia sejak mula merantau ke Jepun lebih 8tahun yang lalu. Kali pertama ialah tahun 2009 ketika balik bersalinkan Raziqh, ramadhan hadir masa I tengah dalam pantang, 10hari jugaklah tinggal puasa, lepas kering darah nifas baru start berpuasa, dalam 10hari before raya I pun dah habis 44hari berpantang, seronok laa jugak, sebab boleh berpuasa penuh sekaligus beraya di samping keluarga tersayang...

Tahun ni jugak merupakan pengalaman ke-2 pregnant dalam bulan puasa. 1st time dulu masa hamilkan Rafiqh, masa tu sekitar 28minggu sehingga 32minggu. Kali ni lebih mencabar rasanya, sebab usia kandungan pun dah 31minggu dan ada extra 2 super-active boys nak di-handle, hihi. Tahun ni insyaAllah kami akan beraya bersama myLove di Malaysia, yeay, so kiranya 1st time laa ni kami beraya the whole family kat Malaysia. Walaupun myLove cuma balik seminggu saja, tapi takpa, dah memadai untuk melepas rindu dan spend masa dengan anak2 meraikan hari yang penuh bermakna tu kan, eiiii tak sabarnya...

Bercerita tentang hari pertama berpuasa iaitu semalam, malamnya tu alhamdulillah sempat berterawih berjemaah dengan abah, mak dan achik. 2R tinggalkan kat paksu depa, ingatkan depa dah letih main siangnya tu so malam depa tidur awal tapi kecoh dengar suara depa kat bawah. Lepas2 ni kena tunggu weekends je laa untuk terawih berjemaah, kami biasanya buat kat rumah saja, kalau pi masjid memang I tak pi, tak berjemaah la jawabnya. Sahur semalam cuma makan roti dan milo, try test minum Shaklee Energizing Soy Protein(ESP), ermmm not bad, sedap, boleh telan laa. Tapi taktau pasai apa elok lepas gosok gigi boleh termuntah pulak. Lepas selesai solat subuh pun muntah sekali lagi, habis keluar balik segala yang dimakan pagi tu, huh! Terasa hilang tenaga, badan pun rasa lemah semacam, kes mabuk tak habis2 lagilah ni, makanya pagi tu banyak baring je laa. Pukul 10pagi keluar hantar paksu 2R pi tuisyen, singgah kedai belikan depa roti sambil jalan2 kejap, then terus balik rumah tak keluar2 dah sampai berbuka. Nak kata penat sangat tu tak laa, tak rasa lapar pun cuma dahaga tu biasa laa kan, panas2 gini memang badan perlukan air yang banyak...

Sahur tadi pun makan roti saja, test lagi ESP tapi kali ni bancuh dalam kopi Radix pulak, harap2 jangan laa muntah lagi, hehe. Moga diberi kekuatan fizikal dan mental untuk mengharungi ramadhan tahun ini sebaiknya, aminnn...

Rasanya belum terlewat untuk ucapkan selamat berpuasa buat semua viewers OurLoveStory. Semoga ibadah tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya, moga Allah menerima amal ibadah kita. Ramadhan al-kareem, marhaban ya Ramadhan!!!

3 comments:

life is short, make it worth said...

Selamat Menjalani ibadah Ramadhan juga sis ^^

Asmara said...

Salam Ramadhan buat Fith sekeluarga. :)

Unaizah said...

Selamat berpuasa utk Fith sekeluarga....