Tuesday, August 2, 2011

Raziqh Takeshi @ 2years old

Happy birthday to you, happy birthday to you,
happy birthday to Raziqh Takeshi,
happy birthday to you!!!

30julai yang lalu, genap laa usia Raziqh 2tahun!
Sudah big boy, sikit hari lagi sudah mau jadi abang, insyaAllah...

Tahun ni mama tak buat kek pun, tempah saja kat Secret Recipe, senang! Birthday jatuh hari sabtu yang berkebetulan tok abah dan pakcik 2R pun ada sama so meriah laa sikit. Mula tu ingat nak celebrate lambat lagi, nak tunggu semua balik dulu sebab nak buat birthday celebration untuk 4hero ni sekaligus, tapi memandangkan pakcik 2R susah nak join sebab kalut dengan preparation SPM-nya, tu yang buat jugak tu. Takat beli kek je laa, lain2 tak sediakan apa pun...


Pagi sabtu tu Raziqh ikut makteh dan paksunya ke sekolah paksu, ada sambutan hari apa entah. Maktehnya sekarang bertugas sebagai guru ganti kat sekolah paksu, tu yang bawa dia sekali tu. Sengaja tak bagi Rafiqh ikut sama sebab nanti takut makteh tak larat nak handle 2orang. Awal2 pagi pukul 7 depa dah keluar, tinggal laa Rafiqh ke-blur-an tengok adik tak ada, asyik laa dok tanya mana Raziqh, haha, padan muka, time dia ada, hang usik kacau sakat dia sangat, time dia takdak, baru nak cari. Eh tapi kesian jugak tengok dia mati kutu sorang2, keh3...

Lepas breakfast, sekitar pukul 9.30 I bawa Rafiqh dan pakciknya ke Jusco untuk ambil kek. Beli barang sikit, tak sampai sejam pun kat sana kami terus balik. Lebih kurang pukul 1petang baru Raziqh balik, kemain happy lagi dia, makteh belikan coklat laa, biskut laa, belon laa hapa laa, syok laa ada tukang layan. Anggap laa tu sebagai special treat on his birthday, hehe. Rafiqh pulak melompat2 happy tengok Raziqh balik, rasanya ni 1st time Raziqh tinggalkan dia, sebelum2 ni dia je selalu ikut orang keluar dan tinggalkan Raziqh. Lately mama pun selalu tinggalkan Raziqh bila outing, kadang2 tinggalkan dua2 sekali, penat yang amat kalau sorang2 bawa 2R keluar, dengan cuaca yang panas dan keadaan Malaysia yang kurang selamat, tambah pulak puasa dan sarat berbadan dua, uihhh rasa nak marah je especially dengan Raziqh yang takmau tangannya dipegang, yang last2 mama kena kendong, adehhh tensyen! Baik tinggalkan je, bukan dia mengamuk atau cari mama pun, malah tokma dia kata dia lagi behave, baik je perangai bila mama tak ada, hah pulak dah....

Raziqh pada usia 2tahun dah pandai bercakap, memang petah mengalahkan Rafiqh, antara faham dengan tak faham je apa dia cakap, hehe. Jenis taktau malu pulak, memang potpet2 je laa beramah dengan orang luar. Bab menyanyi berzikir pun kemain hebat lagi, takdak segan silu pun nyanyi kuat2 kat public, mama pulak yang malu, jenuh tekup2 mulut dia, bising macam burung, haha...

Selera makan masih macam dulu, pantang nampak foods dia yang paling laju. Tak memilih sangat bab makanan, susu pun masih minum macam dulu2, sehari entah berapa botol dia minum, alhamdulillah lega jugaklah tengok selera makan dia tu...

Perangai sekarang dah sedikit memeningkan. Banyak kerenah dah, biasa laa tu kot, budak umur 2tahun ni memang fasa banyak songeh sikit biasanya. Dari segi berdikari, rasanya dia kurang sikit compare to Rafiqh, mungkin sebab ada abang, so selalu ngelat bab mengemas toys dan sebagainya, gerammmm je dengan dia, grrrr....

Mama nak upload gambar birthday Raziqh sebenarnya tapi dah beberapa kali cuba asyik error je, taktau laa kenapa. Nanti2 lah yer, nak upload jugak gambar wajah baru 2R, hehe, dah botak!


Apapun, happy belated birthday to Raziqh, my beloved son, moga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat...

6 comments:

Dinda Boutique said...

selamat hari lahir Raziqh :D! jap lagi jd abg laa dieee.keke.jd ank yg soleh neh.slalu tlg mama wat kije.

Anonymous said...

sALAM..fITH HAPPY BIRTHDAY TO rAZIQH....FITH SORRY SGT X DPT TRANFER DUIT LAGI..ZURA DAH DKT 2 MGU LUAR DR MASIA.OUT STN

mysara said...

happy belated birthday raziqh! xlama lagi jadi abang ngah :)

Unaizah said...

Happy birthday dear Raziqh!!! Moga menjadi anak yg soleh & menyenangkan hati parents.

Elah said...

Tanjyoubi omedetou,Takeshi-niisan
-Hanun-

Heheh...dh besar dh Raziqh.Tak lama lg nk dpt adik.Be a good boy and tlg mama jg baby ye :)

Selamat berpuasa buat Fith sekeluarga and take care :)

Ina said...

happy belated bday raziqh! sorry lambat wish ye. moga raziqh membesar jadi anak soleh, bijak dan berjaya :D