Friday, April 22, 2011

Kupu2 kecil menari dalam perutku

Tangguh dulu cerita pasal check ups pregnancy, meh nak cerita pasal benda lain dulu, tapi tetap berkisar pada pregnancy ni jugaklah...

2hari lepas buat pertama kalinya mama dah dapat rasa movement baby, yeay! Walaupun at first macam was2 jugak eh betul ker tu baby tapi lepas tu rasa yakin yang dirasakan bergerak2 tu adalah my little fella in me. Tiba2 perasaan rindu nak rasa baby gerak2, kicking and poking from inside kembali membuak2, sangatlah istimewa perasaan itu, undescribeable...

Baby bump pun dah makin menonjol. Ok, tak payah buat2 terkejut laa kan, since this is not the 1st pregnancy so memang normal laa kalau awal2 lagi dah boleh nampak perutku membuncit, hihi. Tak payah nak sorok2 cover2 perut ni cause I don't care at all kalau orang nak kata buncit pun, I'm so proud that I'm now pregnant. Kalau dulu kena tunggu minggu ke-20 baru nak nampak baby bump tapi kali ni minggu ke-15 pun dah ketara, so sekarang ni suka sangatlah duk menayang diri depan cermin sambil pegang usap2 perut, soo cute sebab kecik comel aje. Nanti boleh laa publish picture tummy kat sini...

Dah lama tak bercerita pasal 2R kan, both dah besar dah pun. Nanti2 laa siapkan entry pasal depa yang tertangguh2 tu. Sejak tau yang I pregnant lagi, both 2R dah dimaklum yang depa akan dapat adik lagi but surely dua2 pun blur sebab tak faham apa2 lagi. Kalau tanya mana akachan(=baby), depa akan tunjuk atau pegang perut mama tapi rasa2nya depa pun taktau the fact yang ada baby sedang membesar kat dalam tu, hihi. 2R memang sukakan baby, kalau pi rumah orang yang ada baby kecik syok laa depa, haa tambah2 sekarang ada baby Syadza kat rumah ni, alahaiiii tak habis2 nak mengulit baby tu. As for Rafiqh, sebab dah besar so sangat senang nak train dia on how to treat a baby. Dia pegang pun slowly dan gentle saja, agak concern jugaklah itu ini tapi Raziqh, oh no! hahaha, boleh tepuk dahi. Awal2 baby Syadza lahir hari tu dia dok buat bunyi geram "eee, eee" sambil ketap bibir setiap kali tengok baby, tangan pun merata tala nak cuit baby, uishhh geram sangat laa kot tengok si kecik tu mata berkelip2 menguek2. Tapi sekarang dah ok sikit, kena ajar dia cara macammana nak sentuh baby, macammana nak kiss baby and etc. Nanti2 dia pandai laa kan, belajar sikit2 nanti senang laa bila adik sendiri dah lahir, tak payah laa mama nak berkepung sakan, hehe...

Si kupu2 kecilku sayang, membesarlah dengan sihat dan sempurna. Moga Allah mempermudahkan perjalanan kita ini. Mama miss your daddy badly, eh2 tiba2 lari tajuk, haha...

Wednesday, April 20, 2011

SK-II sets special offer - ready stock...

Ada 3 set saja untuk kali ni, kuantiti untuk setiap set adalah terhad. Kos penghantaran adalah PERCUMA!

Untuk set pertama, SK-II Beauty set ni cuma ada SATU set sahaja!

Harga di pasaran Jepun sekitar RM500. Sebelum ni I jual dengan harga RM380 tapi sekarang hanya RM360 sahaja!





Set kedua ialah SK-II Travel Kits (set D), hanya ada 2 set sahaja!

Harga sebelum ni ialah RM340 tapi sekarang hanya RM320 sahaja!





Untuk set ketiga ialah Pitera Travel Set, ada 5 set yang available. Harga bagi set ni ialah RM300 sahaja!



Untuk detail info berkenaan isi set2 ni boleh refer blog ini yer -> Sakura Boutique

Jika berminat sila email arukassfan@yahoo.com atau msg di FB pun boleh. Cepat yer, 1st comes 1st serve!

Update carca marba

Banyak sungguh benda nak update tapi sebab tak dak masa nak bercerita panjang so mai laa nak tulis in points saja. Ada beberapa draft entries dah sebenarnya, tak sempat nak perabih tulis saja, nanti2 laa bila ada mood tu boleh publish banyak2 terus eh. So kali ni cuma dapat bagi cerita2 pendek sajalah, kira ok la kan, at least blog ni tak laa sunyi sepi sangat, ada laa jugak ceritanya...

1. Baby baru abanglong&kaklong tu namanya Siti Syadza Damia. Ramai aih yang tanya, haa baru boleh hebah secara rasmi selepas papa dan mamanya dah umumkan. Kami panggil 'baby pinky' kat dia, sebab baju seluar mitton socks serba-serbi pink, sekali dengan mukanya pun pink, hehe. Putih merah orangnya, gebusss...

2. Pregnancy dah masuk minggu ke-17, alhamdulillah morning sickness dah makin berkurang. Dah tak rasa loya2 cuma still akan muntah bila tersalah makan. Pening2 masih ada, almost setiap hari terpaksa berdepan dengan rasa pening ni, walaupun bukanlah pening yang nyut2 sampai kena baring tu tapi tetap jugak pening2 ringan ni mengganggu urusan harian...

3. Ada lebih kurang seminggu lebih je lagi kami kat Malaysia. 2mei nanti dah nak berangkat ke Holland. Maybe nanti kat sana banyak laa masa terluang, boleh update banyak2 kot, hihi...

4. Perkembangan SK-II pulak. Sejak balik Malaysia ni ramai sungguh yang bertanya pasal nak membeli produk SK-II, atas sebab tu I dah beli beberapa set sebagai ready stock yang insyaAllah akan tiba di Malaysia sekitar awal mei nanti. I akan tulis entry khas berkenaan set2 ni nanti, so kalau berminat boleh contact yer...

Friday, April 8, 2011

Double triple happiness on 7th april

Semalam I bukan saja teruja sebab myLove nak balik tapi lebih2 teruja lagi sebab my sil-kaklong nak melahirkan cahayamatanya yang ke-3...

Petang semalam sekitar pukul 2.30 abanglong dan kaklong dah ke klinik, tinggalkan both of their heroes kat rumah. Sedang budak2 ni bergegak-gempita main tak ingat dunia, tiba2 dapat phone call mengatakan kaklong dah nak bersalin, kami pun kelam-kelibut laa bersiap nak pi hospital. Sesampai kat hospital baby dah lahir dah pun, alhamdulillah both mommy and baby sehat, and it's a GIRL! Taraaaa...




Siti Mariam's junior, sebijik wajah mamanya, kawaiiii...

Comel kan? The 1st cucu perempuan in our family. Tok abah yang kat Seremban, maklang dan maktehnya sibuk laa suruh ambil gambarlah itulah inilah, semua excited habis dengan kelahirannya. Oh btw, baby ni takdak nama lagi yer. Geram woo tengok baby baru lahir ni, rasa nak kemam2 je. Belum berpeluang nak kendong baby lagi, semalam cuma sempat tengok, snap gambar dan kiss je, lepas tu terus rushing ke stesyen keretapi nak jemput myLove pulak. Takpa2, petang sat lagi nak pi hospital tengok baby lagi...

Haaa maklang, makteh dan pakcik sure tak senang duduk sekarang ni kan, muahahaha sila laa balik, kita gomoi baby kaklong, keh3...

Thursday, April 7, 2011

Separuh jiwaku yang pergi akan pulang hari ni, yeay2!

Dah lama nak post entry ni tapi bertangguh2 due to macam2 hal. Pagi ni ada kelapangan sedikit nak menaip. Uihhh banyak cerita nak update sebenarnya tapi tak nyempat2, maklumlah 'sibuk', hehe...

Tengok tajuk entry pun dah boleh agak kot apa isi kandungan entry kali ni kan. Yup, myLove dah on the way dari Holland balik Malaysia. Setelah lebih sebulan terpisah, rindu amat! I pun baru je dapat tau yang myLove confirm nak balik, tu pun isnin lepas baru betul2 confirm. Sebelum tu dah banyak kali plan tapi bertukar2, nak buat macammana kan, dia ke sana bukan makan angin tapi bertugas, kena laa faham, yer dak?!

InsyaAllah petang ni pukul 3 myLove akan sampai KLIA, abah jemput di KLIA dan hantar ke KL central, myLove balik Ipoh naik ETS je. Cadangnya nak pi jemput tapi sebab tau nak balik pun mengejut, tak sempat nak prepare. Bebenornya yang nak kena prepare tu adalah GPS, hahaha, uishhh tak reti aih nak drive jauh2 kat Malaysia ni, tambah2 lalu highway bagai, takut sesat! Hari tu dah cakap kat abanglong nak pinjam GPS tapi tak ambil lagi dari dia sebab dok sangka myLove balik on weekends, tup2 balik weekdays, kesian cik abang kena balik sendiri...

Balik kali ni pun tak lama, isnin depan dah nak kena terbang balik. MyLove kena balik Jepun dulu for few weeks dan kami kena stay Malaysia lagi, sempat laa jumpa beberapa hari. Hopefully anak2 tak buat hal laa lepas ayah diorang tiba2 hilang balik, huhu. InsyaAllah lepas settle kerja2 di Jepun, baru dia balik Malaysia semula dan kami sekeluarga ikut dia ke Holland. Moga Allah permudahkan semua urusan dan perjalanannya...

Update terbaru tentang morning sickness pulak, hmmm belum habis pun lagi even though dah pun masuk minggu ke-15. Hebat2! Cumanya dah berkurang banyaklah compare to before ni. Kalau nak buat perbandingan dengan pregnancies dulu2, time ni dah sehat walafiat dah, dah energetic balik macam orang tak pregnant dah tapi kali ni ada lagi bersisa morning sickness-nya. Memanglah setiap pregnancy tu berbeza2 dan tak dapat tak, kita akan buat sedikit perbandingan kan. Walau teruk macammana sekalipun, I'm so sure hati setiap ibu tu pasti tabah melalui waktu2 genting ni demi anak yang dikandungnya, kan kan? Sekarang ni biasanya akan rasa pening2 dan loya nak muntah bila dah lepas asar, badan pun akan rasa letih dan lemah2 time tu. Tapi pun, tetap paksa diri bangun bergerak pi jalan sana sini demi anak2...