Friday, March 4, 2011

Malaysia oh Malaysia

Dah lebih 3minggu balik sini, baru berkesempatan nak meng-update blog, fuhhh sibuk bebenor...

Alhamdulillah perjalanan pulang kami dipermudahkan. 6jam dalam flight rasa selesa dan lancar, semuanya baik2. Anak2 sangat behave, Rafiqh tak risau pun sebab dah besar dan pandai bawa diri, yang dok pening tu dengan si Raziqh yang memang tak reti nak duk diam lama2 ni tapi alhamdulillah laa hari tu dia tak melasak sangat, in fact dia tidur lama, lebih 3jam, maknanya cuma ada 3jam ja laa nak kena entertain dia...

Sampai hari khamis tu terus balik Ipoh, abah jemput kat airport, sempat jumpa my sis-alang dan hubby-nya, dinner dulu sembang2 kemudiannya lepas solat jamak maghrib isyak, lebih kurang pukul 8lebih kami bertolak balik. Duk di Ipoh 2hari saja, sabtu petang kami pi KL sebab ada reunion ex-Yamadaians. Seronok dan teruja amat sebab dah lamaaaa tak jumpa senpai-kohai(=senior-junior) ni. So om that day dapat jumpa Potet&wife, Tobi, Ubbiq&family, Koyot&family, Kok&wife, Kakct&baby, Mame, Diana&kids dan Tini. Thanks untuk pihak penganjur. Kami bermalam kat rumah Koyot&Azfa malam tu. Ahad tu lepas breakfast kami bertolak balik Melaka...

Stay kat Melaka hingga 24hb, 2minggu gitu tapi tak ke mana sangat pun. Awal2 balik tu myLove tak sehat, demam lah pulak. Beberapa hari kemudian Raziqh pulak tak sehat, mak depa pun on off sehat dan tak sehatnya, makanya dok laa melepak kat rumah saja. Plan kengkonon nak pi bercuti lah hapalah semuanya hancusss, sabaq ja laa...

24hb(khamis) lepas zuhur kami berangkat balik Ipoh, myLove diminta lapor diri ke Holland pada 27hb, 26hb dah kena naik flight ke sana. Petang 26hb abah, mak, adik dan kami sekeluarga ke KL hantar myLove ke rumah abangnya. Pukul 9malam kami bertolak balik Ipoh semula, flight myLove pukul 2pagi 27hb, sebab tu tak boleh nak stay sampai dia naik flight so kami terpaksa balik awal. Kesian anak2 melalak tak hingat bila tengok ayah depa tak naik kereta, mama pun jadi sedih laa pulak...

InsyaAllah myLove akan menjalani training kat sana selama lebih kurang sebulan. Untuk tempoh sebulan ni memang tak boleh bawa family, that's why kami tak ikut. InsyaAllah bulan 4 nanti myLove akan balik untuk ambil kami ke sana. Sabar ye anak2...

Sekarang ni duk melepak di Ipoh je laa, badan pun bukan fully cergas lagi, meleweh2 tak sehat. Nanti2 kalau rajin I update lagi yer...

7 comments:

Unaizah said...

Lama tak dengar cerita. Enjoying yourself ye balik kampung sekali-sekala hihi. Eh, nanti Fith balik Jepun balik or pindah Holland? Anyway, happy holiday...

Dinda Boutique said...

finaly dgr kabar :D! nk jmpee kak fith jugakkkkkkkk!!! heee.eh2, dh nk bhijrah ke holland pulak keee???bestnyeee!!! nnt ble la klua ank mat saleh plak yeeeeeeee :D!!

Mamasofea said...

wahh.. akhirnya dengar berita dari fith.. good luck for your future undertakings.. kalau ade nak turun kl lagi roger2 lah.. kot lah boleh nak arrange playdate untuk bebudak nih..

umeboshi said...

woh slmt ke holland dah ninja. kesian 2R. anyway, slmt berehat kat malaysia eh Fith. take care!

Fith said...

kak unaizah,
duk holland just for few months,sbb hubby ada training aje,pastu balik jepun semula...
thanks kak,mmg sedang menikmati foods yg best2 kat msia ni,hehe

faeeza,
meh laa turun ipoh.boleh stay umah kakfith kalau sudi,hehe.tak berhijrah ke sana,cuma gi kejap je insyaAllah.hati masih di jepun ler,hihi

Fith said...

Yati,
thanks dear...
insyaAllah kalau turun kl nanti boleh laa kita jumpa ye,belum tau lagi nak turun bila...

Kak noora,
aah ninja dah sangap di holland tu,sebulan duk sana sorg2,hehe.kesian anak2 rindu ayahnya.

mysara said...

fith, bila turun kl? elah dah sampai msia..jom gather2