Tuesday, September 27, 2011

My precious 3R

Kadang2 rasa macam tak percaya yang sekarang kami dah ada 3 orang anak, haha. Bukannya rasa macam ramai ka hapa ka, tapi entah, mungkin perasaan ni biasa kot bagi menyambut kehadiran orang baru ni, tengah nak sesuaikan diri dengan suasana kesibukan melayan 3 budak...

Syukur alhamdulillah Allah perkenankan doa kami untuk dapatkan baby girl kali ni. Sebenarnya sejak dari awal kehamilan lagi I tak berani sangat nak terlalu mengharap, hati ni memang kuat nak sangattt baby girl, dan kami sendiri dah cuba berusaha dengan pelbagai petua yang kononnya boleh bantu untuk dapatkan baby girl, tapi tetap yakinkan hati bahawa segala2nya adalah ketentuan Allah, kalau Dia nak bagi boy lagi, tetap kena bersyukur kan?! Apapun, tawakkal je laa, selain doa yang tak putus2 dan nazar yang dah pasang awal2. Sebelum pergi Holland tu ada jumpa gynae for routine check up, masa tu baby dah 20minggu so minta doc scan nak tengok gender, doc kata tak nampak pun 'bird' so besar kemungkinan ianya girl. Seronok je dengar but still tak boleh terlalu yakin, sebabnya masih ada possibility untuk tiba2 jadi boy, tu pasal kami diamkan saja. Then masa kat Holland langsung tak pi check up, balik dari Holland pregnancy dah masuk 30minggu, again pergi scan nak tengok gender. Kali ni doc kata dari kedudukannya yang tak 'tersembunyi' tu memang obviously my baby is a girl. Lepas tu baru laa start shopping barang baby and of course segala-malanya in pink, I loike, haha...

Kot ada yang bertanya apa yang best sangat bila dapat baby girl ni yer? Ermmm takdak apa pun kot, cumanya bagi kami ni, ianya lebih kepada rasa kesempurnaan sebuah keluarga. Yer lah, ada anak lelaki dan ada anak perempuan, lengkap laa. Kalau ada rezeki lagi, nak laa seorang lagi gegirl kan, tapi kalau Allah nak bagi ramaiiii lagi pun ok jugak, hak3(gatai!)...

Oklah, bercerita tentang Rafiqh dan Raziqh, both dah besar dah. Makin nakal, makin banyak cakap, makin banyak kerenah, aduhhh makin memeningkan kepala. Takpa laa, budak tengah nak membesar kan, memang gitu laa gamaknya. Masa preggy hari tu memang terasa stress jugaklah melayan depa, hangin tak habis2 tapi sekarang ni dah rasa terkawal sikit emosi ni. Sebolehnya sekarang tengah berusaha keras untuk kontrol diri takmau jerit2 tengking2 depa sangat, takmau cepat sangat tangan ni membabap dll, try nak jadi cool mama lah konon, hihi, errr so far ok laa, nampak jugak potensi kejayaan untuk berlagak cool tu, tapi kadang2 tu hancuss, memang tak dapat tidak, terpaksa jugak jadi tarzan dan naik hantu, perghhh sabaq2 *urut dada*...

Sejak Raisha lahir, penerimaan 2R adalah sangat baik. Sayang amat kat si adik, sampai semua orang pun naik rimas tengok depa. Pantang tengok Raisha, mesti nak kiss2, nak pegang2, nak belek2 and etc etc. Raisha pun naik meluat dah kot, nak tidur pun tak senang, nak menyusu pun tak selesa, pengacau sungguh 2 abang ni, especially si Raziqh lah. Harapnya cepat laa depa jemu, moga2 tak kacau dah si adik tu, senang sikit dia nak membesar...

4 comments:

dayot said...

Fith, bestnya!!!!!
Dah 3R:)
Cium sikit Raisha-chan comel tu(^3^)

Anonymous said...

wahaha .. fith & ninja , omedetou .. wat team bola sepak lah : )

~アウィ~

Unaizah said...

Benda baru memang jadi rebutan la. Seronok la 2R....nanti adik dah besar sikit, blh main sama-sama.

Elah said...

Fith,nnt dh blk nihon bgtau ye.
Bg alamat baru sekali :)