Monday, September 26, 2011

Eid fitri @ Melaka

Update cerita raya lah dulu...

Alhamdulillah tahun ni kami berpeluang beraya di Malaysia, dan yang paling best sekali bila myLove dapat balik beraya bersama, ni 1st time sejak ada anak kami sekeluarga dapat beraya di Malaysia, happy tak terkata! Sejak tinggal di Nihong, ini adalah raya ke-3 I balik beraya, yang pertama adalah pada tahun 2007, baru je grad dan tengah pregnant-kan Rafiqh. Kebetulannya my due date was just 2months after eid, so balik beraya sekali dengan bersalin, makanya kami beraya di rumah mertua di Melaka. Kemudiannya kali ke-2 balik beraya pada tahun 2009, balik Malayisa sebab nak bersalin tapi berkebetulan pulak berpantang masa ramadhan, 10days before raya baru habis pantang, so lepas raya baru balik Nihong, masa ni beraya di Ipoh, myLove tak balik, beraya laa dengan 2R ni saja. Tahun ni walaupun kalau ikut giliran sepatutnya kami beraya di Ipoh sebab myLove tak pernah lagi beraya dengan my family tapi memandangkan dia pun susah nak balik beraya so bagi chance laa dia pilih nak raya kat mana kan, and for sure dia pilih nak raya kat kampung sendiri kan, keh3. Takpa2, tak salah pun bertolak-ansur, nanti dah balik for good memanglah kena ikut giliran kan kan...

MyLove balik ke Malaysia pada hari sabtu 27 ogos, naik flight thai airlines so sampai Malaysia pukul 8malam. I dan 2R bertolak dari Ipoh selepas zohor, budget traffic jam teruklah konon time perayaan ni tapi alhamdulillah perjalanan sangat smooth, kereta agak banyak tapi tak sampai tahap tersangkut. Untuk elakkan kami sampai awal sangat kat airport, I drive slow saja, tak sampai 100km/j pun. Ipoh ke KLIA biasanya ambil masa 2jam gitu je tapi sebab bawa slow, pukul 5.30 baru sampai. Kira ok laa sebab tak payah nak "bunuh masa" lama2 berperang dengan ultraman 2orang ni. Letak Raziqh dalam stroller dan bawa diorang jalan2 dalam airport, elok lepas settle berbuka puasa, myLove pun sampai. Selesai je dia makan, kami terus bertolak balik ke Melaka, penat toksah cakap, pregnancy dah masuk 35minggu masa tu...

Beraya kali ni bagi I biasa2 saja, nak kata enjoy sangat tu taklah sebabnya dok menahan sakit on off. Pagi2 raya tu pun perut ni mengeras dan rasa contractions yang kuat, duk diam2 dalam bilik, risau jugak takut terbersalin awal. Apapun, seronok laa tengok gelagat 2R yang 1st time merasa beraya di Malaysia, happy sungguh berjalan sakan budak2 ni. Raya pertama tu kami balik kampung myLove di Johor. 2nd day raya pergi open house rumah kawan myLove dan 3rd day tu dah bertolak balik Ipoh...

Ni antara gambar yang diambil di rumah mertua...



1 comment:

Unaizah said...

Selamat hari raya utk Fith sekeluarga....