Kali ni alahan agak hebat jugaklah kalau nak dibandingkan dengan 2 kandungan sebelum ni. Masa Rafiqh dulu mula rasa mabuk2 pada minggu ke-7 dan berakhir sekitar minggu ke-14, masa Raziqh pulak mabuk2 bermula pada minggu ke-10 dan pulih pada minggu ke-14 jugak, tapi untuk kandungan kali ni minggu ke-5 dah mula rasa tak sedap badan, mual2 dan seram sejuk je badan ni, hopefully akan berakhir secepat mungkin laa. Kalau sebelum2 ni alahan setakat mual2, muntah2, mudah penat, lenguh2 badan gitu je, tapi kali ni lebih sensitif, tak boleh salah makan dan pening2 selalu...
Tapi alhamdulillah syukur amat sangat, kali ni ber-morning sickness di Malaysia, suasana di sini banyak membantu sebenarnya, sebab tak payah masak(hehe), tak banyak kerja rumah nak dibuat, boleh rest sebaiknya, ada ramai pembantu tengok2kan 2R, fuhhhh memang nikmat yang tak terkata laa. So pregnancy kali ni even morning sickness agak teruk tapi kinda enjoy jugaklah 1st trimester-nya. Walaupun myLove tak ada di sisi nak bermanja2 mengada2 hak2 tapi takpa sabar2, nanti dia balik boleh laa nak minta dilayan kan, hihi...
Sebab dah berpengalaman menghadapi morning sickness sebelum2 ni, so kali ni dah boleh agak2 dah cara nak hadapinya. Asam2 memang tak jalan laa, lagi rasa nak muntah ada laa. Untuk elak rasa mual dan perut rasa sebu, just make sure makan benda2 ringan every 2hours, makan sikit tapi kerap2. Minum air sejuk(letak seketul 2 ais ketul) atau air panas pun boleh mengurangkan rasa nak muntah. Kurangkan makanan berminyak dan yang pedas2. Mandi air suam pun boleh buat badan rasa releks dan kurangkan rasa tak selesa. Macam2 laa caranya kan...
Oklah, next time cerita pasal check up pulak. Minggu ni best dan meriah sungguh rumah sebab kaklong dan anak2 balik Ipoh, insyaAllah kaklong tengah tunggu hari je tu nak bersalin kat sini, eiiii tak sabaq aih nak tunggu baby lahir, lama dah tak pegang baby baru lahir dan cium haruman syurga. Baru2 ni ada ikut mak pi tengok cucu baru kawan mak, eh2 baru setahun lebih tak pegang newborn tapi dah rasa kekok nak pangku baby, aisehhhh. Mohon kawan2 tolong doakan dipermudahkan kaklong bersalin...