Wednesday, August 28, 2013

Word by word


My little girl, Raisha Misaki...
Lagi few weeks saja nak genap 2tahun! Cepatnyaaa~~~

Hari ni nak cerita progress dia dalam bercakap saja. Lain2 milestones nanti lah update lain kali...

Kalau nak banding dengan onichan-tachi, rasanya Raisha lebih pandai cakap compare to Rafiqh. At her age, banyak dah words dia yang clearly kita boleh faham. Rafiqh dulu hancusss, umur 3tahun baru boleh bercakap, haha. But of course lah not fair buat comparison gitu kan, sebab Rafiqh anak sulong which has no one to imitate. Unlike her, ada ramaaiii tok guru haa, hehe... Pun begitu, bila compare dengan Raziqh, phewww Raisha memang ketinggalan keretapi lah! Raziqh dulu at 1year 6months nyanyi pun terer dah. Bukan nyanyi huhahuha ikut-dan je tau, tapi nyanyi lagu yang betul2, dia akan tiru sebijik macam apa yang dia dengar. Bercakap toksah cakap laa, sangat petah, takdak pelat2! Si Raisha ni dia masih dalam fasa malas nak "mengikut" orang. Kita ajar dia, dia lebih pandai lagi, siap ajar kita balik, huh! Dah tu malas juga nak sebut full, dia sort of pelat dan suka ambil part hujung2 ja bila sebut words dia, hmmmm apa2 je laa dik oii!

Antara perkataan yang dia pandai sebut dan difahami rakyat sekelilingnya:
- mama, ayah, tok abah
- air = susu
- nak, ha~nak = taknak
- dog, cat
- wak = berak @ nak mandi
- nanana = banana
- be = bear @ baby
- a~ta = Raisha
- a~ja = Syadza
- cuk = busuk
- pah = tumpah
- toh = jatuh
- yuck,tanai = yuck,kitanai(=kotor)
- tu wa ga = satu dua tiga
- wan tu ti = one two three
- o~pah = o~som

Aiks banyak ni je?! Hahaha...

Green Field Villas


Green Field Villas adalah nama taman perumahan yang kami diami sekarang ni. Alhamdulillah company myLove sewakan rumah yang fully furnished dan yang lebih utama ianya dalam kejiranan yang selamat insyaAllah. Villa ni adalah gated guarded area yang almost 90% penduduknya adalah foreigners, kebanyakannya mat saleh laa kan...

I'm not sure berapa biji rumah yang ada dalam kawasan ni, sebab keluasan perumahan ni taklah besar sangat pun, rasanya dalam 100 rumah gitu je kot, kalau takat nak pusing2 jalan kaki tu dalam setengah jam dah settle round. Sebabnya setiap 1 lorong hanya ada 5 biji rumah saja, kesemuanya banglo single storey yang kecik2 comel. Kemudiannya kalau tak silap hanya ada 4 saja bangunan rumah teres 2 tingkat dalam area ni...

Selain kami, ada ramai lagi keluarga melayu Msia kat sini, semuanya bekerja satu company dengan myLove. Kebanyakannya suamilah yang bekerja sementara isteri dan anak2 tu datang meneman saja, macam kami ni haa. Jiran selang serumah dengan kami pun family melayu dari Kelantan, juga ada anak 3 orang, meriah! Yang selebihnya tinggal kat lorong2 lain. Maknanya taklah kesunyian hidup merantau, anak2 ada kawan2 nak membesar dan main sama2. Seronok dapat berjiran dan berukhwah macam ni, memang takdak rasa macam duk luar negara pun, rasa macam duk Msia jugak sebab rutin dan lifestyle yang hampir sama alhamdulillah... 

Tuesday, August 27, 2013

2 minggu sudah ~~~

Alhamdulillah dah masuk minggu ke-3 di sini. Life is getting better, walaupun masih terasa seperti dalam mode "bercuti". Sebenarnya tak berapa suka dengan mood releks begini sebab lama2 nanti akan mula disapa bosan. Makanya kena lah berusaha mencari "kerja" supaya hari2 terisi dengan perkara2 bermanfaat...

Cerita pasal anak2, sekarang tengah in process menguruskan persekolahan depa. Last weekends kami dah ke supermarket membeli barang2 keperluan persekolahan Rafiqh dan Raziqh. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang bulan depan ie nextweek lah depa berdua akan mula bersekolah. Tak membeli apa sangat pun, cuma kena sediakan beg sekolah, bekas bento(=lunch box), bekas air, kasut, socks dan swimming suit. Lain2 keperluan akan disediakan pihak sekolah nanti. Memang teruja sangat nak hantar depa pi sekolah sebabnya lepas ni mama kena bangun awal2 pagi untuk masakkan lunch bagi depa bawa bekal ke sekolah. Bukan takat lunch saja, kena prepare breakfast dan snack sekaligus, kat sekolah nanti akan ada 3 sesi rehat so banyak laa bekal yang nak kena bawa. Wahhh, dah lama dah tak bangun memasak pagi2, dulu masa duk Nihong memang tak miss laa buat bento untuk myLove tapi sejak balik Msia memang tak pernah dah menggagau periuk belanga pagi2 buta ni, hihi...

Regarding mabuk2 alahan pregnancy pulak, alhamdulillah rasanya dah makin beransur baik. Sejak beberapa hari lepas dah kurang muntah2, setakat sekali dua sehari, ok sangatlah tu, cuma rasa mual dan pahit mulut masih ada. Yer laa, dah 15minggu lebih dah baby oiii, tolong laa bagi mama kembali energetic, penat dah 2bulan dok terlepek mandom, mama nak aktif semula okey! InsyaAllah weekends ni nak pi klinik untuk check up. Selama pregnant ni baru 2 kali pergi klinik, routine check up pun belum start lagi, haiyaaa...


Tuesday, August 20, 2013

Of 4rd pregnancy

- Unplanned, rezeki mengejut Allah nak bagi...

- InsyaAllah due date pertengahan februari 2014...

- Alhamdulillah sekarang dah 14weeks, dah masuk 2nd trimester. Seriously looking forward untuk mengakhiri "all-day-long-sickness" ini...

Doakan pregnancy ini juga berjalan dengan baik dan selamat...

Thursday, August 15, 2013

Berhijrah lagi...

Kali ni tak jauh, ke negara sebelah saja. InsyaAllah untuk 3 tahun ini kami akan menetap di Pattaya, Thailand...
 
Bagi yang mungkin tertanya2 Pattaya ni kat mana, haaa boleh refer map kat bawah ni. Pattaya merupakan salah sebuah destinasi perlancongan di Thai. Kedudukannya yang berhampiran dengan pantai, sangat popular di kalangan pelancong asing, so ramai foreigners kat sini. Apa yang lebih penting bagi kami adalah kewujudan komuniti muslim yang ramai kat Pattaya ni, alhamdulillah memang totally tak ada masalah bab makanan halal, bersepah2 restauran atau kedai makan halal dan bekalan mentah berlabel halal pun mudah diperolehi, menjadikan life kat sini rasa lebih best, hehe...
 
Dari Msia, flight KLIA turun di Bangkok Airport ambil masa lebih kurang 2jam sahaja. Dari airport pulak boleh ambil teksi turun ke Pattaya, perjalanan lebih kurang sejam. Tak jauh pun dengan Msia, boleh laa balik selalu kan kan kan... 
 

Wednesday, August 14, 2013

Selepas setahun...

Aah dah lebih setahun blog ni tak ber-update, ditinggalkan sepi sendiri. Nak kata langsung tak jengah tu tak sebenarnya, kadang2 bila bosan saya bertandang juga ke sini, buka balik entries lama2 dulu, baca dan tersenyum2 keseorangan. Terlalu banyak kenangan indah yang tersimpan di sini, mana mungkin membuangnya jauh dari kehidupan, kan?!

Ermmm serasanya mulai hari ini, blog ni akan kembali aktif insyaAllah...

Kenapa? Sebabnya kami sekeluarga kini tidak lagi di Msia. Keluar dari kepongpong kesibukan di Msia selalu membuatkan blog jadi peneman. Sebetulnya kat Msia tu selain perihal masa, saya sebenarnya lack of idea, tak tau nak update cerita apa, pi mai pi mai tang tu jugak kan, almost setiap hari dengan rutin yang sama, yang semua orang kat Msia laluinya. Tapi bila dah tercampak di luar Msia, kehidupan dah kembali bertumpu kepada keluarga kecik ini saja, dan banyaklah perkara2 baru yang boleh dikongsikan di sini...

Moga2 semangat ber-blog ni bukanlah hangat2 tahi ayam yer, hihi...