Tuesday, September 27, 2011

My precious 3R

Kadang2 rasa macam tak percaya yang sekarang kami dah ada 3 orang anak, haha. Bukannya rasa macam ramai ka hapa ka, tapi entah, mungkin perasaan ni biasa kot bagi menyambut kehadiran orang baru ni, tengah nak sesuaikan diri dengan suasana kesibukan melayan 3 budak...

Syukur alhamdulillah Allah perkenankan doa kami untuk dapatkan baby girl kali ni. Sebenarnya sejak dari awal kehamilan lagi I tak berani sangat nak terlalu mengharap, hati ni memang kuat nak sangattt baby girl, dan kami sendiri dah cuba berusaha dengan pelbagai petua yang kononnya boleh bantu untuk dapatkan baby girl, tapi tetap yakinkan hati bahawa segala2nya adalah ketentuan Allah, kalau Dia nak bagi boy lagi, tetap kena bersyukur kan?! Apapun, tawakkal je laa, selain doa yang tak putus2 dan nazar yang dah pasang awal2. Sebelum pergi Holland tu ada jumpa gynae for routine check up, masa tu baby dah 20minggu so minta doc scan nak tengok gender, doc kata tak nampak pun 'bird' so besar kemungkinan ianya girl. Seronok je dengar but still tak boleh terlalu yakin, sebabnya masih ada possibility untuk tiba2 jadi boy, tu pasal kami diamkan saja. Then masa kat Holland langsung tak pi check up, balik dari Holland pregnancy dah masuk 30minggu, again pergi scan nak tengok gender. Kali ni doc kata dari kedudukannya yang tak 'tersembunyi' tu memang obviously my baby is a girl. Lepas tu baru laa start shopping barang baby and of course segala-malanya in pink, I loike, haha...

Kot ada yang bertanya apa yang best sangat bila dapat baby girl ni yer? Ermmm takdak apa pun kot, cumanya bagi kami ni, ianya lebih kepada rasa kesempurnaan sebuah keluarga. Yer lah, ada anak lelaki dan ada anak perempuan, lengkap laa. Kalau ada rezeki lagi, nak laa seorang lagi gegirl kan, tapi kalau Allah nak bagi ramaiiii lagi pun ok jugak, hak3(gatai!)...

Oklah, bercerita tentang Rafiqh dan Raziqh, both dah besar dah. Makin nakal, makin banyak cakap, makin banyak kerenah, aduhhh makin memeningkan kepala. Takpa laa, budak tengah nak membesar kan, memang gitu laa gamaknya. Masa preggy hari tu memang terasa stress jugaklah melayan depa, hangin tak habis2 tapi sekarang ni dah rasa terkawal sikit emosi ni. Sebolehnya sekarang tengah berusaha keras untuk kontrol diri takmau jerit2 tengking2 depa sangat, takmau cepat sangat tangan ni membabap dll, try nak jadi cool mama lah konon, hihi, errr so far ok laa, nampak jugak potensi kejayaan untuk berlagak cool tu, tapi kadang2 tu hancuss, memang tak dapat tidak, terpaksa jugak jadi tarzan dan naik hantu, perghhh sabaq2 *urut dada*...

Sejak Raisha lahir, penerimaan 2R adalah sangat baik. Sayang amat kat si adik, sampai semua orang pun naik rimas tengok depa. Pantang tengok Raisha, mesti nak kiss2, nak pegang2, nak belek2 and etc etc. Raisha pun naik meluat dah kot, nak tidur pun tak senang, nak menyusu pun tak selesa, pengacau sungguh 2 abang ni, especially si Raziqh lah. Harapnya cepat laa depa jemu, moga2 tak kacau dah si adik tu, senang sikit dia nak membesar...

Monday, September 26, 2011

Eid fitri @ Melaka

Update cerita raya lah dulu...

Alhamdulillah tahun ni kami berpeluang beraya di Malaysia, dan yang paling best sekali bila myLove dapat balik beraya bersama, ni 1st time sejak ada anak kami sekeluarga dapat beraya di Malaysia, happy tak terkata! Sejak tinggal di Nihong, ini adalah raya ke-3 I balik beraya, yang pertama adalah pada tahun 2007, baru je grad dan tengah pregnant-kan Rafiqh. Kebetulannya my due date was just 2months after eid, so balik beraya sekali dengan bersalin, makanya kami beraya di rumah mertua di Melaka. Kemudiannya kali ke-2 balik beraya pada tahun 2009, balik Malayisa sebab nak bersalin tapi berkebetulan pulak berpantang masa ramadhan, 10days before raya baru habis pantang, so lepas raya baru balik Nihong, masa ni beraya di Ipoh, myLove tak balik, beraya laa dengan 2R ni saja. Tahun ni walaupun kalau ikut giliran sepatutnya kami beraya di Ipoh sebab myLove tak pernah lagi beraya dengan my family tapi memandangkan dia pun susah nak balik beraya so bagi chance laa dia pilih nak raya kat mana kan, and for sure dia pilih nak raya kat kampung sendiri kan, keh3. Takpa2, tak salah pun bertolak-ansur, nanti dah balik for good memanglah kena ikut giliran kan kan...

MyLove balik ke Malaysia pada hari sabtu 27 ogos, naik flight thai airlines so sampai Malaysia pukul 8malam. I dan 2R bertolak dari Ipoh selepas zohor, budget traffic jam teruklah konon time perayaan ni tapi alhamdulillah perjalanan sangat smooth, kereta agak banyak tapi tak sampai tahap tersangkut. Untuk elakkan kami sampai awal sangat kat airport, I drive slow saja, tak sampai 100km/j pun. Ipoh ke KLIA biasanya ambil masa 2jam gitu je tapi sebab bawa slow, pukul 5.30 baru sampai. Kira ok laa sebab tak payah nak "bunuh masa" lama2 berperang dengan ultraman 2orang ni. Letak Raziqh dalam stroller dan bawa diorang jalan2 dalam airport, elok lepas settle berbuka puasa, myLove pun sampai. Selesai je dia makan, kami terus bertolak balik ke Melaka, penat toksah cakap, pregnancy dah masuk 35minggu masa tu...

Beraya kali ni bagi I biasa2 saja, nak kata enjoy sangat tu taklah sebabnya dok menahan sakit on off. Pagi2 raya tu pun perut ni mengeras dan rasa contractions yang kuat, duk diam2 dalam bilik, risau jugak takut terbersalin awal. Apapun, seronok laa tengok gelagat 2R yang 1st time merasa beraya di Malaysia, happy sungguh berjalan sakan budak2 ni. Raya pertama tu kami balik kampung myLove di Johor. 2nd day raya pergi open house rumah kawan myLove dan 3rd day tu dah bertolak balik Ipoh...

Ni antara gambar yang diambil di rumah mertua...



Tuesday, September 20, 2011

Fith's junior

Rindunya nak kembali aktif ber-blog, buat masa sekarang memang tak sempat langsung nak pegang laptop. Kadang2 je curi masa jengah facebook dan email guna ipad, hari tu try jugak update blog guna ipad tapi ada error lah pulak, terus tak try dah, malas, hehe. Oklah, tak boleh nak cerita panjang lebar, nak update latest news aje, latest news yang dah basi pun...

Alhamdulillah cinta hati kami yang ke-3 dah pun selamat dilahirkan jumaat lepas, kalau ikut due memang terlebih awal lah, baby keluar 2minggu++ before edd. InsyaAllah nanti2 kita cerita tentang kelahiran baby ni yer, banyak benda nak cerita ni, adehhh. Apapun, dengan berbesar hatinya kami nak perkenalkan our lovely princess buat semua viewers ourLoveStory...




Namanya RAISHA MISAKI...


Dilahirkan pada 16 september 2011 jam 2.51 petang di Ipoh Specialist Hospital...

Berat 3.02kg, tinggi 49cm...



Raisha beerti pemimpin raja...
Misaki(美咲) beerti kecantikan yang mekar...