Jumaat lepas I ke klinik untuk check up. Walaupun dah buat appoinment awal2 lagi tapi disebabkan doktor ada operation, terpaksa laa kena tunggu dekat2 2jam jugak laa. I memang tak suka bab menunggu2 ni, tambahan pulak sekarang bawa Rafiqh, bosan sungguh laa kena tunggu lama2, tapi nak buat macammana kan, lain laa kalau doktor tu sengaja datang lambat, memang hangat hati ler...
Kami sampai setengah jam selepas klinik dibuka, tu pun dah ada 2 patients so bayangkan laa punya laa ramai patients lain masa doktor sampai tu. Bila dah ramai yang tunggu doktor tak check banyak pun, kali ni cuma dengar denyutan jantung baby je. Ni first time I dengar denyutan jantung baby ni, masa Rafiqh dulu pun pernah dengar sekali je. Bunyi macam keretapi, hehe...
Next appointment ialah 17hb semasa 38minggu tapi rasanya I akan tangguh beberapa hari lewat kot sebab masa tu dah sibuk dengan preparation kenduri dah...
Alhamdulillah baby ok, sehat... Saiz baby kali ni memang tak sebesar Rafiqh, so perut I tak laa besar sangat, masa Rafiqh dulu lagi besar rasanya... Cuma kali ni I yang gemuk, lepas bersalin nanti kena pulun buang lebihan lemak2 ni especially tang pinggul tu, haiyaaa...
Cerita tentang Rafiqh pulak, sekarang dia nampak lebih pandai berdikari. Dia dah boleh sesuaikan diri dengan orang2 dalam rumah ni, harapnya dia boleh behave dan tak buat hal masa I kat hospital nanti. Dilema jugak awal2 hari tu memikirkan hal dia, kasihan kat dia dan risau kalau2 dia tak nak dengan orang lain especially bila nak tidur. Tapi bila tengok keadaan dia sekarang, rasa lega sangat dan I percaya dia pandai bawa diri bila keadaan memaksa. Slowly I dah mula asingkan dia tidur dari I, masih dalam bilik yang sama cuma I tidur atas katil dan bagi dia tidur seorang diri kat bawah. Siang2 dia sangat aktif, bila malam je dia dah kehabisan tenaga, so lepas maghrib dia akan tidur sampai laa ke pagi pukul 6 dia bangun. Biasanya dia akan bangun 2kali untuk menyusu. Susah jugak nak train dia tak bangun malam menyusu sebab dia tidur awal kan, even dah dinner tapi dia tetap akan lapar. Awal2 dulu dah berjaya tidurkan dia dan dia tak bangun2 hingga ke pagi tapi lately dia memang nak jugak susu. Pukul 12 dan 3pagi dia akan bangun untuk minum susu, then tidur balik...
Gambar kat bawah ni diambil beberapa hari lepas...
Sunday, July 12, 2009
Friday, July 10, 2009
Cerita stroller
Beberapa hari sebelum balik sini tempoh hari, my friend-Murni called untuk tanya tentang stroller. Dia ada terbaca kat forum Jepun yang menyatakan stroller baby tak boleh dibawa masuk ke dalam plane. 1st time dengar tu rasa was2 laa jugak, hehe. I sendiri tak ada pengalaman bawa stroller masuk cabin sebenarnya, yang terasa yakin dan tahu tu pun sebab pernah tengok orang buat...
Masa pregnant-kan Rafiqh 6bulan++, I dan myLove ke Tokyo untuk uruskan pasport baru I(masa ni laa kenal dengan Ida-mamaAiman, hubby Ida ni kawan se-batch myLove sejak zaman AAJ dulu2). Kami ke sana naik flight, so masa nak balik dari Haneda ke Ube tu kami nampak seorang ibu bawa baby dalam stroller, tak lama sebelum masuk plane tu pramugari datang ambil stroller dia, dari situlah kami tahu bahawa boleh bawa masuk stroller sendiri dalam plane.
Masa balik Malaysia last year, kami tak bawa stroller pun tapi pihak Kansai Airport sediakan stroller baby. Masa tu pulak kami nampak a couple with a baby yang siap bawa car-seat baby lagi dalam plane. Memang pernah baca boleh bawa car-seat for long journey travel tapi tak sangka laa pulak car-seat tu yang jenis biasa2 attach kat kereta tu, I thought kena beli yg khas untuk plane(jenis 2 in 1, stroller and car-seat)...
Bila Murni tanya tu, I terus call agent MAS kat Osaka, but they didn't know about that, so they told me to ask Kansai Airport's check in counter. I pun called staff kat check in counter MAS, dia kata boleh bawa stroller masuk cabin, even nak bawa car-seat pun dibenarkan. Lega laa bila dengar... Kot tetiba kata tak boleh, rugi je beli stroller tu, tu tak apa lagi, bab nak mengusung si Rafiqh ni mau pengsan I dibuatnya, hish tak dapat nak dibayangkan...
Masa nak check in tu just inform petugas kaunter yang I nak guna dan bawa masuk my own stroller. So nanti dia akan sediakan borang untuk ditandatangani dan juga tag untuk dilekatkan pada stroller untuk proses claim setibanya di KLIA nanti. Prosesnya tak susah, memang lebih mudah kalau ada stroller ni sebab nak berjalan dalam KLIA tu amatlah memenatkan...
Stroller boleh digunakan hingga departure gate, lebih kurang 15minit sebelum boarding tu pramugari akan datang untuk ambil stroller. Perghh masa ni memang penat laa dok kejar Rafiqh. Mentang2 lepas bebas berjalan, bercanak dia lari... 15minit tu terseksa sungguh, haha...
Setibanya kat KLIA, kami keluar dari plane paling lambat sekali. Tapi tu pun terpaksa tunggu lama untuk dapatkan stroller, berpeluh2 laa jugak tunggu depan pintu plane tu, time ni laa Rafiqh moody, kepenatan dan kepanasan...
Tu je laa kot serba sedikit info berkaitan stroller...

Thursday, July 9, 2009
Rafiqh di Malaysia
Ish lamanya tak update blog, dah lebih seminggu!
Macam yang I cakap hari tu, siang2 memang tak ada chance langsung nak pegang laptop, kalau online pun sekadar untuk check email yang berkaitan dengan urusan kereta. Malam2 pulak lepas tidurkan Rafiqh around 7.30 tu, badan dah rasa penat sangat, nak2 pulak sekarang ni tak kira siang ker malam ker perut ni asyik sakit je, kadang2 tu dah sampai tahap tak larat nak jalan, rasa macam nak je cepat2 beranak, hehe.
Entry ni cerita pasal Rafiqh je laa...
Dah lebih 2minggu kami di Malaysia, minggu depan myLove balik, yeay!
2-3 hari pertama kat sini hari tu, Rafiqh memang buat perangai laa jugak, yer laa kan, kalau dulu kat rumah cuma ada ayah dan mama je, tapi bila balik sini rumah ni penuh dengan orang, kekok agaknya. Kebetulan masa kami sampai tu my bro-abanglong and his family pun ada. Syok laa Rafiqh berkawan dengan cousins-nya, tapi malangnya keghairahan yang over sangat terhadap budak2 buat dia geram kat Syafiy dan Sidiqy, ada ker patut dia pi cubit2 budak2 tu? Haiyaa, kesian Syafiy dan Sidqiy, terus jadi takut nak dekat dengan dia. Tapi sekarang nampak ok sikit dah, diorang pun makin kerap balik sini so banyak laa masa nak sesuaikan diri...
Awal2 dulu Rafiqh ni tak boleh langsung "terlindung bayang" I, sure nangis. Asyik laa mengekor mana je mama pergi, sampaikan nak mandi pun payah. Nasib baik laa tak lama buat perangai "peghak"(=jakun) tu, kalau tak memang jenuh jugaklah nak melayan. Dah lama sikit duk sini dia dah mula biasa dengan orang2 dalam rumah ni, in fact makin manja dengan semua orang. Pantang nampak sesiapa pun nak keluar, sibuk je nak ikut. Selepas lebih 2minggu kat sini, 2-3hari ni dia dah boleh keluar ikut maktok, maklang atau maktehnya keluar without mama. Wah hebat jugak yer, penangan nak "keluar" punya pasal, sanggup dia tinggal mamanya, haha. Padahal setiap hari pun keluar dengan mama, tapi tak puas2 nak naik kereta, hish budak ni...
Sejak balik sini selera makan Rafiqh bertambah ok, makan apa je yang orang jamu. Bila banyak makan dia kurang laa minum susu kan. Susu pulak minum freshmilk dan formula milk. Freshmilk tu my mom beli dari MARDI, formula pulak yang biasa2 di pasaran tu. Mula2 tu I bagi fernleaf sebab paksunya minum susu tu. Campurkan dengan De Coco, kira ok laa, tak ada masalah sembelit atau diarrhea. Then, I bagi sustagen pulak, susu ni dia suka sangat, dalam 2hari je boleh habis 1kotak! I tukar pulak pakai dutch lady perisa chocolate, semua dia balun. Lepas ni bagi minum susu2 ni je laa kot...
Kat sini dia dah tak wrestling mama lagi, hehe. Dia ada ramai mangsa lain ie. makteh dan paksunya yang sangatlah kuat mengusik. Kalau kat rumah dulu, memang asyik laa mengacau mama sampaikan nak rest pun susah tapi kat sini dia sibuk dengan aktiviti dia, bila perlukan mama je dia datang cari. Syok laa mamanya kan, hihi... Petang2 biasanya I lepaskan dia kat luar, haa jenuh laa berlari dalam kawasan yang lapang ni, suka sangat laa, landskap rumah ni pun belum siap sepenuhnya lagi so ada laa kawasan2 yang berpasir, Rafiqh ni pantang tengok pasir, habis dia buat main... Kali ni I dah tak penat nak kejar dia, ramai assistant boleh tolong tengokkan dia...
3hari lepas dia selsema, 2hari lepas pulak badannya panas. Siangnya aktif je macam biasa, cuma malam buat perangai, menangis panggil ayahnya. Susah agaknya nak tidur dengan hidung yang tersumbat. Moga cepat laa sembuh...
Makteh dan paksu Rafiqh sekarang membela hamster, mula2 tu Rafiqh memang geli laa nak pegang, setakat tengok2 je, tapi sekarang pantang sangkar duk bawah dia siap boleh lepaskan binatang2 tu. Dah berapa kali kena gigit tapi tak serik2... Dia panggil hamster2 ni "mos"(=mouse), entah siapa ajar entah, pepandai je!
Ni laa kerja dia setiap hari, celik2 mata panjat naik kereta ni, tak jemu2 main sampai ke malam. Kereta ni maktoknya belikan, ada 4biji dah dalam rumah ni, haa main laa puas2.
Ni Rafiqh dok tengok bangla2 buat kerja siapkan landskap, ni gambar awal2 dulu laa, dok je depan tu tak turun tapi sekarang jangan harap laa dia nak behave, pantang tengok pintu terbuka, tengok2 dah lepas dok luar dah...
Subscribe to:
Posts (Atom)