Wednesday, June 27, 2012

Mendidik sunnah!



Aktiviti wajib 3R setiap minggu sekarang ni adalah pergi swimming. Budak2 kan, mana ada yang tak suka air, nampak ja air terus over-excited...

Al-kisahnya kami ni tinggal kat seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota, kat sini ada Club House yang menyediakan pelbagai kemudahan riadah, salah satunya adalah kolam renang. So apalagi kan, benda dah ada, guna je laa. Hajat hati nak jadi member club tapi malangnya keahlian hanya untuk mereka yang tinggal di banglo saja, kami yang duk teres ni boleh guna dengan charge bayaran RM5 setiap kali guna bagi kanak2 3tahun ke atas. Bermakna setiap minggu mama bayar RM5 saja laa, sebab Raziqh dan Raisha still free...

Tapi tu lah kan, kalau pi sorang2 bawa 3R memang bosan tahap gaban laa, kalau ada geng syok laa sikit boleh sembang, hihi. Tu yang rajin dok ajak my sis-alang atau Kak Wan(my senior zaman sekolah Naim dulu yang kebetulan tinggal dekat sini) bawa anak pi swimming. Haa sapa lagi nak join? Jom2!

Tengok dalam both pictures tu, nampak tak budak kecik montel tu? Haa tu lah my new baby(alang's son) Suhayb Al-Faqeeh namanya, masa dia lahir lupa nak upload gambarnya kat sini. Dah 6bulan dah sekarang...

InsyaAllah bila 2R dah besar sikit, nak enroll depa masuk swimming class, nakkk sangat anak2 ni pandai berenang, mempelajari salah satu sunnah Rasulullah...

Raisha @ 9months cute!


My little princess has turned 9months already, how time flies, rasa tak sempat nak catch up with the updates of her milestone, huhu. Soo sorry baby, balik Malaysia buat mama busy with soo many things, lack of pictures, lack of videos and lack of blogging, haiyaaa...

Oh btw happy 9months darling!

1. Raisha dah ada gigi, yeay! Kalau si onichan-tachi dulu umur 6bulan dah tumbuh gigi, tapi Raisha ni buat mama tunggu2, eh awat takdak gigi lagi, sampai laa awal bulan hari tu dia demam teruk, elok kebah ja demam, tengok2 dah ada 2 batang gigi yang kicik cumel di bawah. Alolololo demam nak tumbuh gigi rupanya, hehe macam2 lah! So now, she tends to bite mama whenever she has chances, luckily masa breastfeed dia tak gigit, kalau dak, mau trauma mama ni, hahaha. Dia akan gigit masa main dengan dia atau time dia saja2 boring, tiba2 ngap ja, menjerit laa mama kan, gigi memang ler halus kecik lagi tapi tajamnya humak aihhh, seriau! Kehairanan mama berganda dua apabila dia tak gigit 2R pun, depa siap sua tangan masuk mulut dia pun dia tak gigit, ish, sama macam Raziqh dulu, tak pernah gigit si Rafiqh, tau gigit mama ja, kesiannnn mama...

2.  Raisha ni pun agak meramah dan galak orangnya, dia suka kids especially those at her brothers age. Kalau bawa pi school 2R, kemain gelak menjerit2 tengok ramai budak2. Mulut tu makin riuh, Raziqh kata Raisha dah pandai cakap, ahaaa toksah dok bohong laa kan! Takat reti sebut few words saja, macam mama, kiss dan bye2...

3. Start makan sollid food ketika berusia 7bulan lebih. Bagi makan cepat sebab dia dah mengamuk2 nak makan bila tengok orang lain makan. Akibat amukannya, mama selalu jadi mangsa, tak boleh makan dengan aman, lepas tu siap kena makan sambil berdiri, hadoiii. Kalau kat rumah I boleh tahan lagi tau, tapi kalau kat restoran dia bantai melalak gitu wohohoho memang stress, end up sumbat mulut dia, haaa puas hati dia. Sekarang dia makan 3 kali sehari, breakfast-lunch-dinner. Makan tak beriya mana pun, reaction tu yang over, huh!

4. Seminggu ni nampak mula bergaya macam nak merangkak. Dah angkat punggung dan steady tangan menahan badan, cuma takat tu ja laa, tak bergerak ke depan mahupun ke belakang. Kalau dah start merangkak nanti, kena pi beli gate laa jawabnya, tangga tu dia dok aim lama dah, hihi...

Banyak lagi nak update ni tapi tak cukup masa, nak pi jumpa customers pulak. Nanti sambung yer...

Monday, June 18, 2012

Happy father's day!


HAPPY FATHER'S DAY!!!

Semalam bawa 3R ke Dominos Pizza, al-kisahnya 2R dah lama requested nak makan pizza. Kalau ikutkan hati ni memang malas nak layan, sebabnya kadang2 depa ni tau minta ja tapi bukan sungguh2 nak pun, cakap ikut sedap mulut saja. Lagipun few weeks ago masa balik Ipoh dah beli dah pizza untuk birthday tok abah, depa bolayan pun, tak sentuh langsung! Tup2 balik sini dok sebut2 nak makan pizza pulak. Memandangkan semalam adalah hari istimewa dan kami pun tak ada plan nak celebrate macammana, so mama ajak ayah keluar makan pizza lah. Happy laa bebudak tu kan...

Surprisingly banyak pulak depa makan, apparently they really enjoyed pizza kaya, sedap agaknya pizza yang manis ada topping banana, sebiji tu habis kat depa berdua, lepas tu makan chicken dan pizza lain jugak, perghhh baru puas hati mama haa!

Hadiah?! Hadiah dah bagi in advance a month ago...

Happy father's day sweetheart! 3Rs and me love you so so much!

Friday, June 15, 2012

Sakura Boutique

Antara seleksi hijab yang dijual di Sakura Boutique

Denim Wafa NURKASIH saiz L RM45



Juwita NURKASIH RM75



Printed Benang Hitam NURKASIH RM43


Jemput jengah fb untuk lihat koleksi2 lainnya ya...

Kenapa menyepi?!

Update kat blog ni pun dah kembali tenggelam-timbul, haisehhh...

Beberapa minggu kebelakangan ni mama 3R agak kesibukan dengan kerja2 menguruskan butik online-nya. Aah kawan2, I buka balik dah Sakura Boutique tu, now starting with facebook version dulu, maybe in future kalau menang tangan boleh buka blog/web and who knows boleh buka the real boutique pulak kan kan?! Wish me luck guys!

Hari tu masa kat Nihong yer2 je cakap kononnya nak bersara dari dunia butik2 ni hingga sampai seru, bunyi macam nak tunggu 10tahun je tapi tup2 baru 3bulan duk Malaysia ni dah buka balik. Memang ternyata cintaku pada dunia fesyen ni sangat mendalam kan, walaupun belum ada rezeki nak buka butik betul2 tu tapi tetap yakin yang langkah kecil2 ni insyaAllah akan membawa impak yang besar pada masa akan datang, ecewahhh...

So guys, sekarang seleksi tudung2 ekspres dah masuk kedai, I pilih hanya yang berkualiti baik sahaja! Hijab2 yang dijual kat kedai I tu kainnya elok2,awningnya pun sangat cantik terletak dan labuhnya menutupi dada, sangatlah sesuai untuk muslimah yang menjaga penampilan dan aurat. Walaupun harga mungkin mahal sikit tapi tetap berbaloi2!

Jom jengah Sakura Boutique, feel free to LIKE my page! Thanks in advance!
http://www.facebook.com/SakuraBoutiqueShoppe