Thursday, November 21, 2013

Aktiviti cuti sekolah...





Seminggu je pun cuti sekolah tapi terasa lama~~~. Masa kat Msia dulu kalau time cuti sekolah pun biasanya Rafiqh dan Raziqh masih akan ke tadika macam biasa. Tadika depa tu ada nursery/day care so even cuti parents yang bekerja masih boleh letak anak kat tadika. Lagipun bayaran ambil macam biasa jugak, so bagi anak2 yang tak balik kampung etc, lagi baik depa pi sekolah boleh main2 dan belajar, dari duk menengung kat rumah hadap tv ja kan, hehe, alasan mama3R!

Kat Msia dulu, mama3R ni sibuk ke hulu ke hilir berbisnes. Kalau time cuti tu kadang2 bila tak banyak kerja heret je depa pi kerja sekali, cuma certain waktu tu ja letak depa kat sekolah sekejap, half-day je pun. Means dulu cuti ka tak cuti ka almost sama ja rasa, mama still busy dan anak2 still enjoy pi sekolah atau ikut mama jalan2. Berbeza bila dah pindah sini, seharian terperuk di rumah dengan anak2 memang meruntun hati lah, menuntut kesabaran yang tinggi, hehe. Makanya sebelum depa cuti hari tu mama dah siapkan beberapa plan dan jadual untuk depa...

Alhamdulillah managed to survive the school break pretty well, lega aih! Enjoy!

Pagi2 depa bangun awal macam biasa, mama buat breakfast pun tak macam school day yang asyik2 cereal, roti, biskut bla3. So untuk cuti, depa requested nak makan kuih dan cucur, buatkan apa yang diminta. Pagi2 masak beriya dah, makan kenyang2 then off to swimming pool. Habis berenang, balik mandi dan makan lagi, rehat sat sebelum masuk "kelas". As of Rafiqh, dia ok bila diajak baca buku english, buku bahasa melayu, buat latihtubi bahasa dan math etc. Tak laa kena jerit2 pekik2 paksa2, dia sendiri minat nak buat. Kalau Raziqh, kena pujuk2 ajak baca, sat ja laa tapinya, lepas tu bagi laa dia conteng ka mewarna ka, asalkan dia duk diam. Belikan jugak gunting dan kertas2 untuk origami lah konon. Suka hati lah nak buat apa, as long as tak bergaduh dan tak melangut tengok kartun 24jam. Memang rumah bersepah tok-sah cakap laa kan, tapi takpa, lepas tu boleh kerah paksa depa kemas semula...

Evening nap dah tak ada dalam jadual hidup depa dah. Lepas lunch biasanya akan melayan tv saja. Bosan2 bagi keluar main kat laman. Weekends sebelum cuti tu ayah dah belikan scooter sorang satu, sepanjang cuti tu pulun laa main bagi mahir. Walaupun cuti, aktiviti mengaji dengan ustazah berjalan macam biasa, nampak banyak improvement dalam bab mengaji ni, alhamdulillah...

Last but not least, dalam cuti tu sempat ambil masa 1 hari bawa 3R keluar pergi jalan2 di mall. Dah lama tak keluar ber-4, memang penat sangat2 sebab kena jalan dan naik-turun teksi tapi puas hati sebab boleh shopping, jalan2 dan makan2 dengan anak2. Lepas ni dah taktau bila pulak ada peluang macam tu. Mama dah makin sarat, rasanya tak mampu dah nak keluar macam tu dalam keadaan sekarang ni...
 

Thursday, November 14, 2013

Cuti sekolah yang lalu

Wahhh lamanya menyepi, sejak bebudak 2 orang tu cuti sekolah, mak depa langsung tak sempat jengah blog. Lama dah depa cuti sebenarnya, 19/10 ~ 27/10 nan silam, haha. Seminggu ja pun tapi kalut entertained depa sampai terabai blog ni haa. Dah lepas depa buka sekolah pun tak jengah2 jugak, sebabnya time tu Pattaya ni punyalah panas, nak duk depan laptop ni rasa tak mampu bertahan. Tangguh punya tangguh dah dekat sebulan lah baru nak ber-blog balik, aiseh!

Alhamdulillah sejak jumaat lepas Pattaya dah menyejukkan bumi. Mengikut kata jiran2 kat sini, supposed sekarang ni dah sejuk dah. Pattaya ni macam ada musim "sejuk" which is end year biasanya udara kat sini jadi dingin, wahhhh teruja mama 3R dengar. Almaklumlah bagi kawasan yang sebelah laut ni, kepanasan membahang adalah perkara biasa sebenarnya, angin laut kan selalunya panas. Bila dengar yang sini ada musim seakan2 musim sejuk tu memang happy sangatlah. Dan betul, sejak kebelakangan ni memang rasa nyaman je udara luar. Sedap ja bila ambil angin, selesa mendamaikan...

Pejam celik pejam celik, dah lebih 3bulan kami kat sini. InsyaAllah bulan depan abah,mak dan adik nak datang jalan2 Pattaya, then kami pun nak balik cuti2 Malaysia. Yeay!