Thursday, October 17, 2013

Masak dan beli

Puding berkuah cocktail ni guna resepi mak, tak letak tepung kastard sebab tepung kastard takdak. Cuma letak freshmilk + air + gula + telur sahaja. Agar2 pun tak sempat buat, gantikan dengan jelly warna-warni, budak2 suka laa...




Ini pulak sardin roll, tengah melatih 2R untuk suka dengan sardin roll ni, senang nanti nak buat bento bagi bawa pi sekolah. Kali ni buat nampak macam kurang dapat sambutan, taktau lah kenapa, nexttime nak try buat sosej roll pulak, then tengok lagumana penerimaan depa. Sekarang ni Rafiqh banyak request nak bawa sandwich saja untuk lunch. Rafiqh ok laa, bagi roti yang diletak macam2 benda kat tengah tu habis semua dia makan, tapi si Raziqh ni waduhhh dia makan yang tengah saja, yang roti tu dia tinggai, bertuah sungguh!


 
 

Ikan apakah ini, saya pun taktau! Selalu tengok orang Thai goreng ikan ni garing2 bagi rangup dan masak dengan sos ala2 masakan 3rasa kita di Msia. Sedap, sedap sangat! Pedas2 manis gitu, I loike! Beli ikan ni yang dah siap masak di pasar petang. Ada orang2 islam yang buka gerai jual macam2 masakan. Ada nasi dan lauk-pauk, ada kuih-muih, ada bubur2 (macam bubur jagung pun ada) dan ada sira (macam ubi tapi tak pasti ubi apa). Kat Thai ni kebanyakan masakan nampak macam ala2 orang Kelantan. Malangnya depa tak boleh cakap english, haku pulak tak boleh cakap Thai, hmmm tak dapek laa nak berkomunikasi. Main bahasa isyarat saja. Harga ikan ni RM7 sahaja, mak aih murah bebenor! Ni dah siap masak ni, kalau mentah taktau laa berapa hinggit kan. Dah laa besar, 2 kali makan baru habis. Almaklumlah myLove tak layan sangat ikan2 ni, mama dan anak2 je yang suka, jenuh jugaklah nak perabih...
 
 
 
 
Dari pemerhatian selama 2bulan lebih kat sini, barang mentah seperti sayur, buah dan ikan memang jauh lebih murah harganya berbanding di Msia. Sayur2 biasanya sekali beli dalam 5-10jenis, serba sikit campur2 bawang besar, cili besar, serai, kangkung/bayam, sebiji kobis, karot, tauge, pumpkin, ubi2 dan sebagainya, tak pernah lagi bayar RM10, paling mahal pun RM8 saja. Murah sungguh! Awal2 dulu memang selalu terkejut, tapi sekarang baru tau yang harganya memang terlampau murah. Buah2 pun sama, kalau nenas sebiji tu baru RM1, buah tembikai sebiji yang kecil biasanya RM2-RM4 sahaja, buah kelapa muda baru RM1.50 sebiji, mempelam RM1 sebiji, mata kucing 1/2 kilo RM3, manggis/rambutan seikat RM3, ingatkan buahan tempatan ja harga murah2 tapi yang import pun murah jugak. Buah lai yang besar dan juicy tu kadang2 boleh dapat RM1 sebiji, epal, limau, sunkist, anggur pun murah. Baru2 ni beli pisang emas ni 3 sikat = RM2 saja! Yang biasanya kalau kat Msia saya beli RM3 satu sikat!!!
 
 
 
 
Masa menetap kat Msia hari tu, kalau nak shopping barang basah ni selalunya beli di Tesco @ Giant @ kedai runcit dekat rumah tu saja. Jarang sangatlah pi beli kat pasar malam atau pasar pagi Nilai 3 atau pasar Taman Semarak tu. Consider bab harga, Tesco @ Giant agak murah jugaklah, kalau consider bab segar, beli kat kedai runcit tu lagi segar ikan2 nya. Tapi harga boleh tahan mahalnya. Kalau kat pasar, dua2 out, segar pun tak, mahal pulak tu, hmmm. Seminggu 2-3kali pergi beli barang, RM50 tu tak ada nilai lah, beli ayam 1/2 ekor, ikan beberapa ekor, udang dan sotong sikit, sayur2 sikit, tup2 dah lebih RM100. Oh Msia ku~~~