Wednesday, October 2, 2013

Kolagen oh kolagen

Saya start berkenalan dengan kolagen ni since masa duk di Nihong lagi, beberapa tahun yang lalu. Masa tu kat Msia tak glamour sangat produk2 berunsur kolagen ni, bukan tak ada yer, tapi masih tak dikenali ramai. Tak macam sekarang, yang serba mak-neka benda semua nak claim mengandungi kolagen, haiyaaa... Kat Jepun masa tu dah famous sangat2, meletup2, sehinggakan kat konbini(=convenience store) berlambak2 dijual minuman kolagen yang ala2 macam livita tu(packing kecik2 dalam botol pada harga sekitar 200yen). Ada jugak dalam bentuk powder, biskut dan macam2lah! Pun begitu, susah nak dapatkan yang berstatus HALAL, most of collagen products yang dihasilkan sememangnya bersumberkan dari sisik ikan tapi bahan lain yang dicampur selalunya mengandungi gelatin (which is sumber utamanya adalah babi). Pi mai pi mai tak halal lah jadinya...
 
Bila balik Malaysia bercuti, saya cari dan beli minuman kolagen untuk consume. Dek kerana harga yang melampau2 mahai, beli dan consume pun jimat2, tapi seriously not bad laa sebab kolagen ni sebenarnya kita just top up je dalam tubuh kita. Memang badan kita dah hasilkan kolagen secara semulajadi cuma once usia dah masuk 20-an ++, kadar kolagen yang terhasil tu menurun mendadak, sebab tu lah terjadinya pelbagai masalah kecantikan (kedutan, tidak anjal, kulit kering, kulit kusam etc etc). Untuk maintain cantik muda remaja biarpun usia dah makin bertambah2, kita perlukan sumber kolagen tambahan, makanya mengambil kolagen yang baik boleh membantu insyaAllah...
 
Saya pernah cuba beberapa produk kolagen, dari yang berbentuk minuman dalam botol2 sehinggalah bentuk serbuk yang kena bancuh. Sehingga akhir tahun lepas dok consume on off, tak konsisten setiap hari, mahai kan, hehe. Tapi since balik Msia last year, saya alami masalah elergy dan jadi macam ekzema di bahagian bawah dagu. Mula2 tu tak ambil hal sangat tapi bila ramai dok tegur, rasa terganggu lah pulak. Almaklumlah kan, perempuan, cukup sensitif bab2 kecantikan ni, ahaks. Bermula dengan menukar skincare dan ambil extra product lainnya, masa tu terfikir kot sebab dah lama sangat guna SK-II, dah tak serasi lah kot. Tapi tetap tak jalan, balik kepada SK-II semula. Bab consume supplements, saya memang konsisten ambil beberapa jenis jamu dan vitamin tambahan. Atas nasihat orang, tambah pengambilan vitamin C dan start consume kolagen secara konsisten. Cuba dan cuba dan cuba, berkotak2 kolagen habis, beratus2 duit melayang, tapi tak elok2 jugak, hahaha. Akhirnya dipertemukan dengan El Marino Blanc(EMB), 3 hari je minum alhamdulillah terus hilang ekzema bawah dagu tu, superb laa kan?!
 
Ada beberapa sebab kenapa saya suka sangat dengan EMB ni, selain dari rasanya yang enak (masam2 manis hasil ekstrak beri2), ianya tak ada bau hanyir. 1 of the huge problems about consuming collagen products adalah kerana baunya, hanyir! Even dah try mix dengan minuman seperti milo lah hapa lah tetap bau hanyir tu susah nak hilang. Tapi tidak dengan EMB, just mix dalam air kosong sahaja, memang boleh minum bergelas2 macam minum air ribena tak letak gula tu haa, sedap! Harga pun tak mahal sangat, memang ramai yang terkejut bila dengar harganya, eh murah nya! Bab hasil tak payah cakap laa kan, rasanya kalau baca reviews most of penggunanya adalah chinese, memang kualiti tiptop!
 
Saya cuma sempat consume EMB untuk 3bulan lebih sahaja, bila dah tau preggy terus stop. Alhamdulillah puas hati sangat2 sebab even tak minum dah sekarang pun masalah ekzema tu tak datang kembali. Apa yang lebih utama, kulit rasa lebih moist, kulit tangan dan badan pun jadi lebih halus dan lembut, bahagian2 badan yang kering dan merekah seperti tang tumit tu memang 100% hilang. Seronok sebenarnya sebab sekarang dah tak payah lumur losyen dah kat kaki dan badan setiap kali nak tidur. Hopefully boleh maintain macam ni sehinggalah lepas bersalin nanti, then boleh sambung consume semula...
 
 
 

*** EMB adalah produk hasil kajian dari France. Menerima pelbagai anugerah antarabangsa dan merupakan minuman kolagen yang diiktiraf dunia. Sumber kolagen adalah dari sisik ikan, diperkaya dengan khasiat buah delima dan oren merah...