Thursday, January 6, 2011

Waktu subur wanita

Penting untuk setiap pasangan suami isteri itu tahu bilakah waktu subur si isteri(sebab lelaki memang sentiasa subur tetapi wanita subur hanya sekali dalam satu kitaran), pertamanya untuk mengelakkan kehamilan bagi mereka yang belum bersedia untuk hamil, kedua untuk memudahkan kehamilan bagi mereka yang mahukan zuriat dan ketiganya kerana hari subur itu adalah hari yang paling berahi untuk wanita. Selain dari 3 sebab tu agak2 ada lagi ker sebab lain? hehe, entah!

Kitaran haid bagi wanita normal berlaku setiap bulan dengan purata antara 28-30hari. Satu kitaran kita kira bermula dari hari pertama haid bermula hinggalah hari terakhir sebelum haid kitaran seterusnya datang. Contohnya kalau seseorang tu mula didatangi haid pada 3januari dan haid berhenti pada 7januari, kemudiannya haidnya datang balik pada 1februari makanya kitaran haid dia adalah selama 29hari...

Waktu subur adalah lebih kurang 14hari sebelum hari pertama haid kitaran seterusnya datang. Jadi, untuk tentukan waktu subur ni kena laa tolak kitaran haid dengan 14hari. Kalau kitaran haid 28hari, 28 - 14 = 14, makanya waktu suburnya ialah pada hari ke-14. Katakanlah kitaran haid 32hari, 32 - 14 = 18, maknanya hari ke-18 tu adalah hari suburnya. Mengira waktu subur bagi wanita yang kitaran haidnya sekata setiap bulan adalah mudah, tapi bagi yang kitaran haid tak menentu, ada cara lain yang boleh dipraktikkan untuk mengetahui atau mengesan waktu suburnya...

1. Terdapat lendiran cecair yang jernih keluar dari kemaluan.
2. Suhu badan yang meningkat sedikit dari kebiasaan.
3, LH ovulation predictor test kit.

Apakah yang dikatakan dengan waktu subur ini?
Waktu subur ialah waktu dimana proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur(ovum) akan dikeluarkan oleh ovari disebabkan oleh peningkatan hormon LH(luteinizing hormone). Jika telur ini berjaya disenyawakan makanya proses kehamilan akan menyusul...

Pun begitu, ovum mempunyai jangka hayat yang sangat singkat, sekitar 36-48jam sahaja. Namun, jangka masa sesuai untuk persenyawaan adalah dalam tempoh 24jam selepas telur dikeluarkan dan ia perlu berlaku ketika telur bergerak dalam salur fallopian. Kerana itu kebarangkalian untuk hamil adalah agak terhad. Tetapi sperma diberi kelebihan dengan mampu hidup sehingga 7hari selepas air mani dipancutkan dalam faraj wanita. Sperma jugak dihasilkan dalam jumlah yang berjuta2 setiap hari. Makanya seandainya suami dan isteri itu bersama beberapa hari sebelum waktu subur sekalipun, peluang untuk hamil itu tetap ada kerana masih ada kemungkinan ovum disenyawakan oleh sperma yang masih hidup...

Oleh itu, bagi pasangan yang inginkan zuriat, mereka boleh bersama setiap malam(siang pun no hal, haha). Ataupun selang sehari pada hari ke-10, 12, 14, 16, 18 dan 20, untuk kes kitaran haid si isteri yang tak stabil. Perlu diingatkan bahawa walaupun pada waktu subur hubungan suami isteri itu bukan setakat melepaskan air mani semata2 dan mengharapkan sperma bertemu ovum untuk disenyawakan. Untuk memaksimakan lagi peluang kehamilan, pasangan suami isteri itu perlu kepada berahi yang tinggi, dengan keberahian itulah akan meningkatkan kepuasan dan masing2 mencapai klimak atau orgasm yang tinggi kerana keberahian ini akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik akan dihasilkan, sekaligus membuatkan faraj dan rahim menarik masuk air mani dan sperma dengan denyutan2 yang mempercepatkan sperma untuk sampai ke sasarannya...

Ni cerita pasal waktu subur untuk orang yang nak pregnant saja tau, hat yang nak elak pregnant tu pi google sendiri, ceq malas nak ceghita...

7 comments:

Ina said...

hihi lawak je bulan ni kusangkakan dah terpregnant sbb period dtg lambat byk hari. yelah walaupun dah cuba mengelak kebarangkalian utk pregnant tu still ada xkiralah kita guna method apa pun kecuali kalau dh ikat terus kan. dah siap bli hpt ni. tp xsempat test period dah dtg. rasa macam lega tapi at the same time kecewa juga siap dah berangan2 kalau betul2 pregnant haha. macam2 lah mama ihsan ni.

btw kita masa merancang nak pregnant pun selalu tgk tanda2 subur no 1 n 2 tu. selalu check kelikatan cecair jernih yang keluar dari faraj tu. kalau sangat likat xsenang putus tu adalah subur. pagi2 pulak bangun kita ambik body temperature save dlm memory guna feminine thermometer. sebelum tu awal2 dah study pasal basal body temperature untuk gunakan teknik ni. bila suhu badan tetiba turun mendadak means pengovuman (ovum dah dilepaskan) dah berlaku. selain tu bila subur pintu faraj pun lebih senang terbuka, abdomen pulak lebih lembut or keras (xingat) n serviks pun akan lebih ke bawah kalau xsalah (pun xingat).

Unaizah said...

Good entry and very informative. Time nak get preggie, akak selalu amalkan yg kira hari tu.

Fith said...

Ina,
haha kebetulan pulak ye kita,fith bln lps pun period lambattt sangat,ingatkan dah ter-pregnant,siap test dah tp negatif.at last period dtg jugak,rasa lega tu bercampur dgn kecewa.skrg rasa mcm dah ready nak preggy balik,tgklah kalau ada rezeki kan,tak rush pun.

fith pun pernah ambil suhu badan masa nak pregnant-kan rafiqh,sbb doc nasihat gitu.cara2 lain tak pernah guna lagi.maybe next time boleh cuba...

rindu la kat ina,bila nak update blog?or at least letak pics ihsan n cerita ihsan,hehe.

Fith said...

kak Unaizah,
tulis sikit2 boleh laa,bukan pandai sgt pun.
haa fith skrg dok 'kira hari',hihi

Fith said...

armouris,

thanks!nanti akan dijengah2!

Unknown said...

Skrg ni asyik baca psal ni ja sbb nak tahu. Haha...baru ja buka implan sbb x sesuai..xtau la klu lekat dengan cepat jg..hihii

Jom singgah bw www.iburayyan.com

Unknown said...

Nak tanya. Selepas berlaku persetubuhan berapa lamakah tempoh hari kita nak tahu kita pregnant ?